Tiga lagi bot nelayan Vietnam yang dilucut hak ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan berhampiran Pulau Kapas.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander (M) Ariffin Ghazali, berkata ia merupakan pelupusan kesepuluh yang dilaksanakan pihaknya pada tahun ini.